Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan kerana mecalonkan saya sekali lagi di kerusi Setiawangsa.
Ia merupakan satu penghargaan untuk berkhidmat kepada para penduduk Setiawangsa sepanjang 2018-2022. Masih ada banyak hal yang perlu dilakukan untuk memperbaiki hidup rakyat di Setiawangsa.
Saya berjanji akan melakukan sehabis baik – seperti yang telah saya lakukan sepanjang menjadi wakil rakyat di Setiawangsa.
Saya bersyukur dengan sokongan dan kritikan yang telah diberikan sepanjang saya menjadi wakil rakyat. Sokongan dan kritikan telah menjadikan saya lebih baik dan bersemangat.
Setiawangsa adalah kawasan yang unik, dipenuhi dengan orang-orang yang bekerja keras untuk memastikan makanan ada di atas meja.
Seperti tempat-tempat lain, rakyat di sini berhak untuk menerima calon yang boleh dipercayai dan telus.
Pada tahun 2018, saya mengatakan PH perlu menang kerusi seperti Setiawangsa untuk menawan Putrajaya. Saya percaya kita berhadapan dengan situasi yang sama pada PRU15.
Saya teruja untuk berkempen dengan penuh semangat bersaing dengan siapa sahaja yang bakal saya hadapi. Pastinya saya inginkan persaingan ini berteraskan idea siapa yang mampu membawa Setiawangsa lebih maju ke hadapan.
Kerja-kerja berinteraksi dengan penduduk Setiawangsa akan saya teruskan. Hanya dengan cara itu saya tahu apa sebenarnya yang diperlukan oleh penduduk-penduduk yang penuh bangga memanggil Setiawagsa sebagai tempat tinggal.
Kita boleh!
NIK NAZMI NIK AHMAD
CALON PAKATAN HARAPAN
SETIAWANGSA