Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan menangani isu kos sara hidup rakyat dalam masa terdekat dan itu adalah tujuan utama selepas beliau dilantik menjadi ketua Kerajaan.
Anwar telah memberi notis selama 2 minggu dan mengarahkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara untuk meneliti serta memperincikan pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.
Ketika ini rakyat tertekan dengan pelbagai isu terutama kenaikan harga barang. Oleh itu Kerajaan bertekad menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dalam masa yang singkat.