Pas dan Bersatu hanya membuat propanganda palsu dan fitnah tidak berasas apabila mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan mengutamakan DAP untuk menguasai kabinet paling ramai.
Hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini tidak dikuasai oleh DAP seperti diwar-warkan walaupun meraih jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Justeru itu dengan susunan kabinet kerajaan perpaduan ini ia secara langsung menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bukan islam (Cina) akan menguasai kabinet.
Daripada jumlah tersebut, 8 daripada PKR, 6 daripada UMNO, 4 daripada DAP, 3 daripada PBB (Sarawak), 2 daripada Amanah, 1 daripada UPKO, PDP, PRS dan GRS, manakala seorang tidak berparti iaitu Menteri Hal Ehwal Agama.
Dan mengikut kaum seramai 16 menteri yang dilantik adalah Melayu, 5, Cina, 1 India dan lain-lain iaitu mewakili Sabah dan Sarawak seramai 6 orang.
Oleh itu, Pas dan Bersatu perlu berhenti memperbodohkan rakyat dengan membuat kenyataan yang tak berasas.