Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Terima Kasih Setiawangsa

Keputusan rasmi telah mengesahkan rakyat di Setiawangsa sekali lagi memberikan saya mandat. Keputusan ini benar-benar membuatkan saya terharu.

Terima kasih saya ucapkan kepada penduduk Setiawangsa tanpa mengira peringkat umur, kelas, kaum, dan agama.

Saya akan membalas mandat ini dengan berusaha sedaya upaya untuk berkhidmat bagi semua penduduk Setiawangsa.

PRU15 kali ini menyaksikan pesta demokrasi yang begitu hebat, kita dapat melihat ramai pengundi keluar mengundi – terutamanya mereka yang mengundi buat kali pertama. Saya percaya ini adalah signal untuk sebuah pilihan raya yang adil dan menolak sentimen kebencian dan ugutan.

Ia adalah masa yang sesuai untuk kita bergerak bersama-sama untuk Malaysia yang lebih baik.

Sekali lagi, terima kasih pengundi Setiawangsa! Ia adalah satu penghormatan untuk terus berkhidmat di sini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
NAIB PRESIDEN KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.