Membahas Peruntukan Kementerian Luar Negeri Untuk Belanjawan 2020

Saya bahas peringkat jawatankuasa peruntukan Kementerian Luar Negeri untuk Belanjawan 2020. Saya bangkitkan soal ratifikasi Konvensyen PBB bagi menentang Hukuman Zalim, Tidak Berperikemanusiaan dan Menjatuhkan Maruah (UNCAT), kemelut masyarakat Muslim Uyghur di China, memperkasakan Sekretariat ASEAN dan menjadikan diplomat Malaysia bertaraf dunia.

Laluan Baru GoKL Setiawangsa

Saya bersama Khalid Samad, Menteri Wilayah dan Datuk Nor Hisham Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk pelancaran laluan baru bas percuma #GoKL biru firus di Setiawangsa. App GoKL turut dilancarkan.
Sebelum Kerajaan baru, GoKL tertumpu kawasan pelancong dan pekerja asing saja.
Saya bangkitkan keperluan diperluaskan ke kawasan perumahan warganegara terutamanya PPR.
Satu lagi laluan GoKL di #p118setiawangsa ialah laluan jingga di kawasan MINDEF

#n2my #apakhabarsetiawangsa

Sukan Parlimen Setiawangsa 2019

Baru-baru ini Sukan Parlimen Setiawangsa diadakan untuk acara futsal dan bola jaring. Juara acara ini bersaing di peringkat Wilayah Persekutuan menentang juara dari kawasan-kawasan Parlimen lain.

#n2my #p118aktif #p118setiawangsa

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157662803800295&id=159556865294

Kritikan Khairuddin Abu Hassan Terhadap Anwar Tidak Munasabah & Tidak Wajar

KRITIKAN KHAIRUDDIN ABU HASSAN TERHADAP ANWAR TAK MUNASABAH DAN TAK WAJAR

Kritikan terhadap Anwar Ibrahim oleh Khairuddin Abu Hassan pada 19 Oktober 2019 adalah tidak munasabah dan tidak wajar.

Anwar tidak pernah mencuba untuk mempercepatkan atau memaksa proses peralihan kuasa. Selama ini, beliau memberi sokongan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Selaku seorang ahli parlimen, dan juga Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, beliau turut memberi saranan untuk menangani isu-isu negara yang meruncing, terutamanya isu-isu mengenai ekonomi negara dan institusi-institusi awam.

Sehubungan dengan itu, Seminar ‘Ekonomi, Kemiskinan, dan Kesenjangan’ yang dianjurkan oleh Kaukus di bawah pimpinan Anwar, telah menyarankan pihak kerajaan untuk mengkaji semula paras pendapatan garis kemiskinan dan defini istilah ‘kemiskinan’. Kerajaan telah sewajarnya, memberi iltizam untuk menangani isu tersebut.

Terbukti bahawa kenyataan oleh Anwar yang menyentuh pada peralihan kuasa telah menjawab kebimbangan rakyat, serta media dalam dan luar negara. Hal ini mencerminkan minat tulen semua pemegang taruh dalam proses ini.

Justeru itu, Khairuddin sepatutnya tidak menyalahkan Anwar jikalau rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa memerlukan keterangan yang lebih kukuh mengenai peralihan kuasa tersebut.

Bahkan juga, Khairuddin mendakwa Anwar telah merosakkan nama baik negara di mata pelabur. Dakwaan tersebut juga bertentangan dengan kenyataan Dr Mahathir sendiri bahawa pelabur sedang berduyun-duyun ke negara kita. Sekiranya Khairuddin menyokong Perdana Menteri, mengapakah beliau sedang menjejaskan dan bercanggah dengan kenyataan Dr Mahathir? Sedangkan Perdana Menteri telah secara konsisten memberi jaminan untuk melaksanakan peralihan tersebut pada masa yang sepatutnya.

Kritikan terhadap sebarang kesangsian atas keadaan ekonomi negara sewajarnya diarahkan kepada mereka yang didorong oleh kepentingan diri dalam menjejaskan Pakatan Harapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA