Parlimen Setiawangsa terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia diperkenalkan pada 2004 selepas persempadanan semula dan tambahan kerusi Parlimen, dan sebelum itu sebahagian daripada Parlimen Wangsa Maju. Antara kawasan-kawasan yang terletak di dalam Setiawangsa adalah Taman Setiawangsa, MINDEF, sebahagian Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak Jaya, Semarak, Desa Rejang, Air Panas, Keramat Wangsa dan Tasik Titiwangsa.
Agenda Setiawangsa
- Ahli Parlimen mengisytiharkan aset setiap tahun agar pengundi dapat menilai sumber kekayaan wakil rakyat
- Memperjuangkan agar rangkaian pengangkutan awam di Setiawangsa diperbaiki untuk kemudahan rakyat
- Memastikan isu-isu tentera dan veteran semua kategori mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan
- Meningkatkan kemudahan pendidikan terutamanya di kawasan kos rendah bagi masa depan yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat
- Memastikan generasi muda mempunyai lebih banyak peluang rekreasi yang sihat
- Memperjuangkan reformasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memelihara kepentingan rakyat dari segi ruang rekreasi, kemudahan awam dan pembangunan
- Memastikan isu keselamatan dan mencegah jenayah mendapat perhatian utama pihak polis dan semua pihak berkuasa serta komuniti setempat
- Memberikan tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi kawasan perumahan kos rendah di Setiawangsa


