Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kuala Lumpur Boleh Jadi Pelopor Reformasi PBT

Sebelum ini, saya menarik perhatian terhadap desakan persatuan penduduk Selamatkan KL serta Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan untuk menggazetkan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.

Pertikaian ini sekali lagi membuktikan bahawa pilihanraya kerajaan tempatan haruslah dikuatkuasakan semula di Malaysia bermula dengan ibu negara kita.

Kebanyakan permasalahan yang dinyatakan terhasil kerana DBKL dan kerajaan tempatan yang lain bagaikan tidak perlu bertanggungjawab kepada penduduk yang mereka sepatutnya berikan khidmat.

Masalah ini bertambah serius di Wilayah Persekutuan kerana wujudnya defisit demokrasi bukan sahaja tanpa adanya pilihan raya tempatan tetapi tiada pihak berkuasa yang dipilih seperti Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat di negeri-negeri lain.

Kalau mengikut contoh negara lain, Canberra ditadbir menerusi Australian Capital Territory. Washington DC, ditadbir oleh District of Columbia. Bandaraya London ditadbir oleh Greater London Authority. Jakarta pula setaraf dengan provinsi lain di Indonesia. Setiap bandaraya ini mempunyai pilihan raya untuk memilih pentadbir mereka, bukan hanya menghantar pembuat undang-undang di peringkat nasional.

Saya akan tetap mendesak perkara ini, dan sokongan rakyat Kuala Lumpur untuk memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban kerajaan dan kualiti hidup yang lebih baik.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN