Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Malaysia Perlukan Anwar

Hari ini genap dua tahun Anwar Ibrahim dipenjarakan sebagai tahanan politik. Setelah melalui satu proses perbicaraan yang tidak adil, keluarga beliau, masyarakat malah negara ini telah dirompak seorang tokoh yang berwibawa.

Melihat kemelut negara yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak ini, ia sepatutnya memberi kesedaran kepada kita bahawa kita memerlukan seorang pimpinan yang bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi bijak dan adil.

Najib Razak telah gagal di dalam setiap aspek kepimpinan yang bermaruah. Di bawah pimpinannya, Malaysia terus dibelenggu kesusahan.

Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang kita perlukan pada masa ini. Walaupun beliau ditahan disebalik tirai besi, namun semangatnya tidak pernah padam, kata-katanya masih penuh bermakna, dan pemikirannya terus relevan sehingga kini.

Tidak syak lagi beliau adalah calon Perdana Menteri terbaik sekiranya Pakatan Harapan menang, dan satu-satunya cara untuk memastikan pembebasan beliau adalah dengan menewaskan Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihanraya akan datang.åÊ

Cukuplah negara ini digadai oleh Najib untuk kesenangan dan kepentingan kroni dan keluarga. Anwar Ibrahim mempunyai ketokohan serta pengalaman yang terbaik untuk memulihkan negara ini. Peluang terbaik untuk kita bebaskan Anwar ialah dengan memastikan UMNO-BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Lawan tetap lawan.