Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Isu Vevonah: Timbalan Menteri Wajar Lebih Bertanggungjawab

Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang telah memberi jawapan yang salah berhubung isu Veveonah.

Veveonah yang merupakan pelajar Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah terpaksa bermalam di hutan untuk menjawab peperiksaan kerana kampungnya menghadapi masalah jaringan Internet.

Menurut Datuk Zahidi, Veveonah cumalah seorang youtuber dan tidak menghadapi peperiksaan ketika itu.

Kenyataan ini telah dikutip oleh banyak media dan menyebabkan Veveonah mendapat kecaman dari netizen. Sudah tentu hal ini akan memberi kesan kepada emosi dan imej Veveonah

Setelah diselidiki, ternyata Veveonah benar-benar menghadapi peperiksaan semasa merakam video yang dimuatnaik di channel Youtube miliknya.

Veveonah cumalah seorang pelajar, bukan ahli politik. Timbalan menteri tidak perlu membunuh karakternya semata-mata untuk menafikan capaian Internet di bahagian pedalaman Sabah masih lagi rendah.

Walaupun beliau telah melakukan permohonan maaf, sudah tentu kesan dari ucapan yang tidak bertanggungjawabnya telah memberi kesan yang besar kepada Veveonah.

NIK NAZMI NIK AHMAD
JURUCAKAP PARLIMEN KEADILAN UNTUK PENDIDIKAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.