Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Belanjawan Kementerian Pertahanan Mendapat Peruntukan Tambahan

Belanjawan Kementerian Pertahanan pada tahun hadapan telah menerima dana tambahan sebanyak RM1.45 bilion untuk Perbelanjaan Operasi.

Penambahan dana dari Kementerian Kewangan ini menjadikan belanjawan keseluruhan Kementerian Pertahanan sebanyak RM15.37 bilion untuk tahun 2019.

Sebelum ini ramai pihak yang menyatakan kegusaran akibat pemotongan belanjawan Kementerian Pertahanan pada Belanjawan 2019, termasuklah kumpulan tentera dan veteran.

Penambahan belanjawan ini pasti akan disambut baik oleh semua pihak. Terima kasih kerajaan Pakatan Harapan kerana mendengar pandangan dari golongan tentera dan veteran yang telah banyak berjasa kepada negara.

NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA