Soalan:
Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan statistik pekerja tempatan dan asing dalam pembuatan, perladangan, pembantu rumah dari segi bilangan dan peratusan dalam setiap sektor tersebut.
Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Yang di-Pertua,
1. Berdasarkan Statistik Pekerjaan dan Perburuhan oleh Kementerian Sumber Manusia Bagi Tahun 2018, maklumat pekerja tempatan dan pekerja asing dalam sektor pembuatan, perladangan dan pembantu rumah dari segi bilangan dan peratusan adalah seperti berikut:-
i. Pertanian, perhutanan dan perikanan (termasuk perladangan):
Tempatan: 1,077,900 (86.6%)
Asing: 492,400 (11.4%)
ii. Perlombongan dan perkuarian:
Tempatan: 86,000 (94.6%)
Asing: 4,900 (4.4%)
iii. Pembuatan:
Tempatan: 1,965,400 (78.3%)
Asing: 543,500 (21.7%)
iv. Pembinaan:
Tempatan: 977,500 (77.5%)
Asing: 280,300 (22.3%)
v. Perkhidmatan:
Tempatan: 8,494,800 (90.8%)
Asing: 862,300 (9.2%)
JUMLAH:
Tempatan: 12,592,500 (85.2%)
Asing: 2,183,400 (14.8%)
2. Sektor pembuatan menyaksikan penglibatan 2,508 900 orang pekerja. Dari bilangan tersebut pekerja tempatan mendominasi bidang berkenaan dengan penyertaan seramai 1,965,400 orang pekerja atau 78.3% berbanding hanya 543,500 atau 21.7% orang pekerja asing.
3. Bagi sektor perladangan pula, jumlah tenaga kerja yang aktif bergiat adalah seramai 1,570 ,00 orang. Pekerja tempatan mewakili 68.6% atau 1,088 900 orang manakala bilangan pekerja asing sektor tersebut adalah seramai 492,400 atau 31.4%.
4. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia bilangan pembantu rumah asing atau perkhidmatan domestik asing terkini yang sedia ada digaji di seluruh negara adalah seramai 131,896 orang. Walau bagaimanapun statistik pembantu rumah tempatan tidak dapat diperoleh.
Kementerian Sumber Manusia
Julai 2019