Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Malaysia Harus Bersama Masyarakat Antarabangsa Selesaikan Pembasmian Kaum Rohingya

Saya ingin memuji Kerajaan Perancis dan Britain atas usaha mereka untuk mencari jalan penyelesaian yang konkrit bagi krisis kemanusiaan Rohingya yang telah terlalu lama berterusan.

Pada 24 September 2018, Menteri Luar Perancis dan Britain bersama menteri-menteri dari Myanmar dan Bangladesh telah berkumpul ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung PBB di New York. Mereka disertai oleh wakil-wakil dari Australia, Canada, Indonesia, Jepun, Kuwait, Malaysia, Belanda, Rusia, Singapura, Sweden, Turki dan Amerika Syarikat serta pegawai-pegawai kanan PBB.

Menteri-Menteri Luar Perancis dan UK sebagai tuan rumah pertemuan telah menyatakan kebimbangan mereka yang mendalam mengenai kesimpulan laporan Misi Mencari Fakta PBB yang mendakwa bahawa “tentera Myanmar telah mencabul hak asasi manusia dan mungkin telah melakukan jenayah kemanusiaan terhadap kaum etnik Rohingya… dan menyimpulkan bahawa terdapat bukti kukuh untuk menyiasat dan mendakwa beberapa pegawai tinggi tentera Myanmar atas hubungan mereka dengan pembunuhan besar-besaran di berhubungan dengan keadaan wilayah Rakhine”.

Lebih 723,000 kaum etnik Rohingya telah melarikan diri dari tanah air mereka di wilayah Rakhine, yang telah digambarkan sebagai sebuah ribut “…pelanggaran hak asasi manusia yang cukup parah”.

Kebanyakan pelarian ini telah dilindungi oleh Kerajaan Bangladesh, dimana mereka menunjukkan sikap kemanusiaan yang hebat terhadap sebuah kaum yang telah dikhianati oleh kerajaan mereka sendiri.

Saya berharap dengan kenyataan ini, masyarakat antarabangsa akhirnya boleh begerak untuk membawa keadilan kepada penjenayah-penjenayah ini.

Seperti yang saya berkata dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini, pembasmian kaum Rohingya ini merupakan krisis kemanusaan yang terbesar di Asia Tenggara pada zaman ini. Kesimpulan ini telah diulangi bukan sahaja oleh Menteri-Menteri Perancis dan UK malah oleh komuniti antarabangsa.

Dengan ini, Malaysia harus menyahut cabaran yang telah ditimbulkan oleh kerajaan tersebut untuk “meneruskan dan memperhebatkan sokongan bagi komuniti pelarian Rohingya dan Bangladesh yang menerima pelarian mereka”.

Sekali lagi, saya memohon kerajaan Malaysia untuk mengambil tanggungjawab mereka sebagai sebuah anggota ASEAN untuk mengakhiri penderitaan mangsa-mangsa konflik yang tidak adil ini.

Dihadapi dengan kes kemanusiaan yang begitu melampau seperti yang dihadapi oleh kaum Rohingya, kita seharusnya mengkaji semula doktrin tiada campurtangan ASEAN.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA