Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Isu Program Perumahan Rakyat

Soalan:

Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah pendekatan baru Kementerian berkaitan rumah kos rendah dan mampu milik agar ia lebih lestari demi menangani isu masalah kesesakan, penyelenggaraan kurang baik dan malnutrisi di kalangan penghuni perumahan PPR.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan beberapa pendekatan dan cadangan penambahbaikan berkaitan rumah kos rendah dan mampu milik agar ia lebih lestari demi menangani masalah kesesakan,penyelenggaraan kurang baik dan malnutrisi di kalangan penghuni perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR). Antara cadangan tersebut seperti:

i) Penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan (3P) yang akan bertanggungjawab dalam aspek pengurusan, penyelenggaraan serta pengisian rumah strata awam serta swasta kos rendah dan sederhana;

ii) Penambahbaikan projek PPR dengan keluasan, spesifikasi dan rekabentuk baharu termasuk kualiti pembinaan yang lebih baik dari segi keluasan. Ia melibatkan penambahan keluasan daripada 700 kps kepada 900 kps;

iii) Penambahbaikan dalam mekanisme pengurusan dan pengisian PPR, Rumah Transit dan Rumah Transit Belia; dan

iv) Penyediaan Dasar Komuniti Negara yang menekankan aspek kesejahteraan penduduk secara keseluruhan seperti kesihatan, social dan ekonomi dan pecan pemerkasaan komuniti (Community Empowerment) yang akan diperkenalkan kepada penghuni PPR.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Julai 2018