Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawapan Pertanyaan Lisan Penggunaan Dan Kos Aermacchi MB-339CM Oleh TUDM

Soalan:

Nik Nazmi Nik Ahmad [PH/KEADILAN-Setiawangsa] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan perician penggunaan serta kos pembelian dan pengoperasian Aermacchi MB-339CM.

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak bagi perolehan 8 buah pesawat Aemacchi (MB-339CM) pada tahun 2006 dengan kos pembelian sebanyak RM421.39 juta.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mula menggunakan pesawat ini semenjak tahun 2009 bagi tujuan Latihan Lanjutan Juruterbang Pejuang atau lebih dikenali sebagai Fighter Lead In Training (FLIT). Namun begitu, di atas faktor keselamatan, pesawat ini telah digantung pengoperasiannya mulai daripada tahun 2018 sehingga kini.

Penangguhan pengoperasian pesawat ini terpaksa dilakukan rentetan daripada beberapa kejadian yang melibatkan masalah teknikal pada enjin pesawat serta satu kemalangan udara yang berlaku pada tahun 2016.

Secara amnya, kos keseluruhan pengoperasian pesawat Aermacchi (MB-339CM) sehingga 2018 adalah sebanyak RM141.62juta.

Terima kasih.

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.