Julai tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk veteran tentera tidak berpencen.
Namun semakan ke laman Facebook Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), https://www.facebook.com/pg/JHEVATM/reviews/ mendapati banyak aduan daripada orang ramai tentang kegagalan menerima BBN sebagaimana dijanjikan.
Kami sertakan gambar aduan-aduan tersebut.
Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli membangkitkan masalah kelewatan pembayaran gratuiti pesara tentera hingga mengundang kemarahan mereka di laman Facebook Jabatan Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) https://www.facebook.com/pages/Jabatan-Urusan-Gaji-Angkatan-Tentera-UGAT/278003592283252.
Justeru kami ingin bertanya kepada JHEV, adakah benar wujud masalah pembayaran BBN bagi mereka yang telah menghantar borangnya secara lengkap?
Jika benar, apakah sebabnya?
Kami juga ingin meminta veteran-veteran tentera yang sudah memohon dan belum menerima pembayaran untuk menghantar e-mel kepada kami di veteran@niknazmi.com atau Whatsapp 0129599457.
Veteran-veteran tentera telah berkorban jiwa dan raga untuk negara kita. Sewajarnya, mereka diberi layanan yang baik oleh pentadbiran Najib, Hishamuddin Hussein dan Kerajaan Persekutuan. Jangan hanya permohonan yang indah-indah tetapi realitinya veteran masih merana.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN