Hari ini 10 Februari 2018 genap tiga tahun Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes Fitnah 2.
Ini merupakan pemenjaraan ketiga Anwar selepas dua tahun bawah ISA sebagai aktivis dan enam tahun kerana kes Fitnah 1 yang mencetuskan gelombang Reformasi dahulu.
Marilah kita mendoakan kesihatan dan semangat Anwar terus dalam keadaan yang baik menuju ke tarikh pembebasannya pada 8 Jun 2018.
Rakyat merindukan kehadirannya untuk bersama-sama memperjuangkan Malaysia yang lebih baik bersama Pakatan Harapan.
Bebas Anwar! Bebas Rakyat!
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN