Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bantuan Kerajaan UMNO-BN terhadap anggota veteran ATM ibarat ‘melepaskan batuk di tangga’

Saya mengambil maklum mengenai cadangan Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno BN semalam untuk membantu pesara tentera melalui pemberian bantuan khas bagi meringankan beban mereka. Hal ini dinyatakan oleh Johari Bahrom selaku Timbalan Menteri Pertahanan sendiri.

Saya memahami bahawa bantuan pesaraan tentera memang perlu diberikan, atas kapasiti golongan ini telah membantu mempertahankan kedaulatan negara kita serta menjaga keselamatan rakyat.Sebab itu, pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) amat penting dan perlu bebas daripada ketirisan agar kebajikan pesara-pesara tentera terus diurus dengan baik. Persoalan pokok yang saya ingin utarakan ialah sejauh mana Kerajaan Umno BN memberikan tumpuan yang lebih kepada pendidikan anak-anak pesara tentera dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian anak-anak terbabit. Program-program pendidikan seperti kursus pengurusan kewangan dan pembangunan perniagaan adalah wajar diutamakan oleh Kementerian Pertahanan ketika golongan tentera masih berkhidmat dalam tempoh baki setahun atau dua tahun sebelum umur pesaraan. Persoalannya, adakah pihak kerajaan berbuat demikian? Jika tidak, adakah mereka hanya berpendapat bahawa pencen sahaja sudah cukup untuk mereka mengharungi kehidupan dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar? Sudah tentu saya tidak bersetuju bahawa wang sahaja sudah cukup, seolah-olah bantuan kerajaan ini hanya sekadar ‰Û÷melepaskan batuk di tangga‰Ûª.

Malahan, di bawah pentadbiran Najib Razak, golongan pesara tentera turut terjejas dengan kehidupan seharian dengan kos sara hidup yang meninggi, apatah lagi isu bayaran pencen selepas tamat perkhidmatan yang lambat masih berlaku. Isu pembayaran lewat pampasan pencen merupakan satu penganiayaan kepada pesara tentera dan septutnya sebarang masalah diselesaikan dengan secepat mungkin. Saya khuatir, golongan yang banyak berjasa kepada negara akhirnya hidup dalam kesempitan wang serta terbeban dengan hutang gara-gara bantuan Kerajaan Umno BN tidak dipraktikkan secara efektif. Isu utamanya adalah kegagalan kerajaan

menyediakan pelan pesaraan yang terbaik, merangkumi perlaksanaan program pendidikan dan skim penyediaan pekerjaan selepas tamat perkhidmatan. Tanpa memfokuskan alternatif jangka masa panjang ini, Kerajaan Umno BN telah menyebabkan golongan pesara tentera terus merana dengan hanya bergantung kepada wang pencen.

Saya juga ingin menggesa kerajaan juga untuk menjamin masa depan anak-anak pesara tentera melalui penyediaan program pendidikan yang khas dan berkualiti kepada generasi kemudian mereka, agar peluang masa depan mereka lebih terbuka untuk mencari jalan memastikan anak-anak tentera terus berjaya, sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada pengorbanan ibu bapa mereka dalam perkhidmatan tentera. Bantuan ini lebih efektif dan memberi impak yang lebih besar daripada mana-mana bantuan khas yang sekadar melibatkan wang ringgit tanpa menjamin masa depan pesara tentera serta anak-anak mereka.Pada masa ini, terdapat 39 sekolah di kem tentera di seluruh negara dan mendapat peruntukan daripada kedua-dua kementerian pertahanan dan juga pendidikan.

Oleh itu, saya berharap bantuan khas yang bakal diumumkan oleh kerajaan Umno BN adalah dalam bentuk program pendidikan dan peluang pekerjaan kepada pesara tentera. Saya khuatir bahawa bantuan khas tersebut hanyalah wang ringgit yang menunjukkan kerajaan Umno BN tidak bersungguh-sungguh untuk membantu pesara tentera menjalani kehidupan dalam jangka masa panjang.