Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Penafian Permit Penerbitan FZ.com

Saya ingin menyatakan kebimbangan dan kerisauan saya berkenaan berita Kementerian Dalam Negeri telah menolak permohonan Edge Communications Sdn Bhd untuk satu permit suratkhabar bagi syarikat tersebut iaitu FZ.com.

Ini sangat mengejutkan dan adalah satu langkah yang sangat aneh memandangkan Mahkamah Tinggi baru sahaja memberi kebenaran kepada Edge Communications untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman terhadap Kementerian Dalam Negeri berkenaan keputusan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan kelulusan permit tersebut.

Perkara ini muncul sejurus selepas suratkhabar The Heat digantung untuk beberapa minggu oleh Kementerian Dalam Negeri.

Alasan-alasan penggantungan The Heat yang diberikan oleh Kementerian tersebut tidak kukuh dan sangat tidak jelas lalu menimbulkan persoalan, mengapa langkah ini diperlukan?

Kementerian Dalam Negeri sekarang perlu memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia mengapa Kementerian perlu menolak permohonan lesen FZ.com.

Kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan mengesahkan persepsi yang semakin meningkat bahawa Malaysia kejam terhadap wartawan yang adil dan bebas. Di dalam kedudukan kebebasan media terbaru yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Sans Frontieres), Malaysia mendapat kedudukan 147 di dunia. Ini merupakan kedudukan terendah negara sejak senarai itu mula dikeluarkan dan pada tahun ini kita menduduki tangga lebih rendah berbanding Myanmar!

Sukar untuk menterjemahkan penggantungan-penggantungan suratkhabar baru-baru ini sebagai perkara lain melainkan bukti kukuh bahawa Kerajaan Najib Razak kini semakin takutkan bayang-bayang dan tidak boleh menerima sebarang kritikan.

Ironisnya, pentadbiran yang sama ini membenarkan pula beberapa pertubuhan-pertubuhan yang kononnya NGO untuk mengeluarkan kata-kata yang berunsur perkauman dan membuat ugutan keganasan tanpa sebarang halangan.

Tindakan ini juga menunjukkan janji-janji Perdana Menteri tentang perubahan adalah penipuan.

Rakyat Malaysia sekarang boleh menghakimi sendiri betapa kosongnya janji-janji tersebut, khususnya pindaan-pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) yang membuat sedikit sahaja untuk melindungi media daripada penyalahgunaan kuasa dan dolak-dalih politik.

Media yang bebas dan adil adalah perlu untuk sebarang masyarakat berfungsi dan makmur.

Malaysia tidak akan berjaya untuk menjadi sebuah negara yang maju tanpanya.

Kerajaan ini ‰ÛÒ jika benar-benar serius tentang perubahan dan membuat hidup rakyat Malaysia lebih baik ‰ÛÒ mestilah menolak peruntukan-peruntukan kejam di dalam Akta 1984, pastikan liputan yang adil di dalam media aliran utama dan bergerak ke arah melindungi hak untuk bersuara.