Saya ucap tahniah kepada Perikatan Nasional kerana umumkan anggota Jemaah Menteri baru isytihar harta kepada SPRM.
Cuma saya ada beberapa persoalan:
a) Adakah rumusan pengisytiharan harta ini akan dipamerkan kepada orang ramai seperti mana diamalkan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini?
Saya harap begitulah, barulah kita dapat tahu jika ada Menteri seperti Tengku Adnan yang mempunyai harta hampir RM1 bilion yang membanggakan rakyat Malaysia. Sebelum ini jumlah harta Ku Nan tidak diketahui kerana amalan zaman Barisan Nasional harta hanya diisytihar kepada PM/SPRM bukan kepada umum.
b) Apakah pendirian terkini PAS tentang pengisytiharan harta? Sebelum ini Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang mengatakan ini idea komunis kerana pengaruh DAP dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Kali ini pengaruh siapa? MCA pun kecil banding dengan PAS.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man merangkap Menteri baru juga mengatakan Islam melarang isytihar harta kepada umum.
Namun pada Muktamar PAS 2012 Haji Hadi menerima cadangan Pemuda PAS untuk calon pilihan raya isytihar harta untuk elak salahguna seperti pimpinan UMNO. Malah pimpinan PAS dalam EXCO Selangor 2008-2018 semua isytihar harta.
Semua pengisytiharan saya setiap tahun dari 2017-2019 boleh dilihat di https://niknazmi.com/pengisytiharan-harta/ sebagaimana saya janjikan kepada Pengundi Setiawangsa pada PRU14.