Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen tentang Bajet mengeluarkan penyata mengenai isu hutang dan liabiliti kerajaan semalam. Semua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai JK menandatanganinya.
Kesimpulan penyata menjelaskan bagaimana jumlah hutang dan liabiliti RM1trillion dikira, dan kepentingan menyemak dari masa ke semasa ‘contingent liability’ agar tak beri kesan kepada kewangan negara di masa depan.
Penyata penuh boleh dimuat turun di: https://bit.ly/2JDgXyi