Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Isu Peruntukan Pendidikan

Soalan:

Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Pendidikan nyatakan status terkini peruntukan untuk pendidikan tinggi dan pendidikan yang sebelum ini berhadapan masalah semasa Kerajaan dahulu terutamanya daripada segi peruntukan kajian dan penyelidikan IPT, biasiswa pengajian dan pembangunan serta penyelenggaraan sekolah kebangsaan.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2018, universiti awam telah diperuntukkan sebanyak RM6,715,314,100 bagi menampung perbelanjaan operasi universiti awam. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 9.77 peratus berbanding penyaluran peruntukan bagi tahun 2017.

Pada masa yang sama, pemberian dana kepada universiti penyelidikan negara di bawah RMK-11 bagi tujuan Program Dana Universiti Penyelidikan, Program Dana Penyelidikan Fundamental dan Program Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) yang diperuntukkan bagi tahun 2018 adalah berjumlah RM345 juta. Manakala pemberian dana biasiswa pula adalah sebanyak RM212 Juta.

Pengurangan peruntukan kepada universiti awam bukan penghalang kepada universiti awam untuk terus kompetitif dan kekal bersaing dalam pendidikan tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan beberapa strategi dalam memantapkan kedudukan kewangan universiti awam. Antara perkara utama yang digariskan adalah berkaintan dengan cara mengurangkan penggantungan universiti awam kepada sumber kerajaan. Salah satu strategi yang diperkenalkan adalah menggalakkan universiti awam memperkukuhkan kewangan sendiri, mewujudkan tabung endowmen dan waqaf, mengoptimumkan kos dalam sistem pendidikan dan mempelbagaikan sumber pendapatan dalaman tanpa menjejaskan kualiti pendidikan sedia ada.

Semua strategi yang dinyatakan tersebut adalah merupakan strategi yang dapat membantu universiti awam terus beroperasi dalam tempoh berlakunya pengurangan bajet selari dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan universiti awam kepada sumber Kerajaan.

Kementerian Pendidikan
Oktober 2018

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.