Selamat Menyambut Hari Pahlawan Negara pada hari ini, 31 Julai 2018.
Hari ini kita mengenang pahlawan yang telah berkorban untuk tanahair, dan menyampaikan penghargaan kepada perjuangan mereka yang menghasilkan keamanan yang dinikmati hari ini.
Kerjaya anggota pasukan keselamatan haruslah terus dipandang tinggi oleh masyarakat. Peranan mereka dalam menjaga dan mempertahankan keselamatan negara sehingga ketitisan darah terakhir merupakan perjuangan yang mulia dan tidak mungkin dapat ditandingi.
Rakyat Malaysia perlu ambil iktibar daripada semangat kepahlawanan para pejuang negara tercinta ini, kerana negara kita tidak akan putus berhadapan cabaran.
Setelah 61 tahun kemerdekaan, perjuangan masa kini berbeza dengan perjuangan nenek moyang kita. Namun negara tetap memerlukan pejuang dan pahlawan.
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia yang telah menyerahkan jiwa dan raga demi mempertahankan negara. Saya juga ingin memanjatkan doa bagi mereka yang telah gugur di medan perang, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.
Selamat Hari Pahlawan.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA