Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam

Saya mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan oleh Majlis Raja-Raja.

Jawatankuasa yang berfungsi untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi-agensi agama adalah selaras dengan keperluan Malaysia Baru.

Jawatankuasa tersebut yang dibarisi oleh pakar yang berpengalaman itu diyakini mampu menggalas tugas dan meletakkan kepentingan awam sebagai asas utama dalam perbincangan dan membuat sebarang keputusan.

Apa yang penting adalah kita memastikan hal agama dibebaskan dari politik kepartian, dan memberi fokus kepada memajukan masyarakat secara menyeluruh.

Saya berharap agar Jawatankuasa ini juga dapat memberi ruang kepada semua pihak berkepentingan, ahli masyarakat sivil dan parti politik untuk menyuarakan pandangan tidak kira latar belakang.

Ini sejajar dengan roh Perlembagaan Persekutuan dalam konteks negara Malaysia yang mana agama Islam adalah agama Persekutuan dan majmuk dengan pelbagai bangsa, agama serta perspektif.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.