Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Isu Sekolah Kebangsaan

Soalan:

Nik Nazmi bin Nik Ahmad [PH-Setiawangsa] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan semua kaum dan lapisan masyarakat sementara memelihara hak ibu bapa untuk memilih.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) agar menjadi sekolah pilihan semua kaum ialah melalui langkah-langkah berikut:

a. penyediaan infrastruktur yang lengkap dan berkualiti;
b. pengupayaan pemimpin dan guru supaya cekap, kompeten dan berkualiti;
c. memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira);
d. memastikan kemenjadian murid secara holistik yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor;
e. penyediaan sistem sokongan yang kuat dan mencukupi;
f. penyediaan iklim dan budaya sekolah yang sihat;
g. penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan; dan
h. pemantapan aktiviti kokurikulum dan sukan.

Di samping itu, KPM memperkenalkan pembelajaran bahasa ibunda di SK. Kini terdapat SK yang menyediakan peluang untuk murid mempelajari Bahasa ketiga seperti Bahasa Cina, Tamil, Arab, Iban dan Kadazan Dusun. KPM juga berhasrat memperluas pengenalan bahasa ketiga di semua SK dan hal ini telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk Gelombang 3 pelaksanaannya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM memerlukan lebih sumber dan peruntukan yang khusus untuk memperkasakan SK yang kebanyakannya terletak di luar bandar. Bagi tujuan ini, KPM sedang memperhebatkan bantuan kepada SK melalui Program Transformasi Daerah, iaitu salah satu inisiatif di bawah PPPM 2013-2025 yang menyalurkan bantuan kepada sekolah yang paling memerlukan di setiap daerah.

Kementerian Pendidikan
Julai 2018

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Bilik Gerakan Pilihan Raya KEADILAN Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.