Saya mengambil maklum berkenaan petisyen sokongan terhadap saya untuk menggalas jawatan menteri kabinet seperti yang dilaporkan pihak media.
Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang dizahirkan semua.
Namun begitu lantikan ini adalah bidangkuasa YAB Perdana Menteri selepas berbincang dengan pimpinan parti, dan saya percaya mereka akan membuat pilihan terbaik.
Saya berbangga setelah diberi peluang memimpin Pemuda Harapan pada PRU-14, kita bukan sahaja berjaya meletakkan ramai calon-calon, tetapi calon-calon kita telah mendapat mandat besar di seluruh negara.
Walau siapa pun yang dilantik, kita perlu yakin bahawa mereka akan menggalas tugas itu dengan baik demi negara.
Kita harus bersatu suara dan tenaga demi generasi muda dan masa depan Malaysia.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA