Skip to content Skip to sidebar Skip to footer
Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Video
  • Hubungi
0 items - RM0.00 0
Nik Nazmi Nik Ahmad Close
  • Utama
  • Nik Nazmi
    • Biodata
    • Kit Media
    • Setiawangsa
    • Pengisytiharan Harta
  • Video
  • Hubungi
  • Bahasa Melayu
  • English
Have a Project?
info@website.com
Want to Work With Me?
Send Brief
Want to Buy Illustrations?
Go to Shop
AMK KEADILAN Pakatan Setiawangsa

Setiawangsa: Kempen Pakatan Harapan Jauh Lebih Telus Dan Terbuka Berbanding Barisan Nasional

8 Mei 2018359Views
Setiawangsa: Kempen Pakatan Harapan Jauh Lebih Telus Dan Terbuka Berbanding Barisan Nasional
Di Setiawangsa dari awal lagi saya bertekad untuk berkempen secara telus dan terbuka, dan membolehkan setiap kata dan janji saya kepada pengundi Setiawangsa diperhalusi.

Atas dasar itu jugalah saya telah membuat pengisytiharan harta dan mencabar lawan saya Zulhasnan Rafique untuk melakukan yang sama agar pengundi Setiawangsa boleh menyakini sumber pendapatan calon wakil rakyat mereka.

Saya juga telah mengajak Zulhasnan untuk berdebat tentang isu-isu yang diketengahkan sempena PRU14 ini termasuk tawaran kami untuk Setiawangsa, namun begitu sehingga kini tiada respon daripada beliau.

Ini boleh dianggap sebagai satu kegagalan untuk membenarkan pengundi Setiawangasa menilai secara terbuka calon-calon wakil rakyat mereka.

Bagi kempen Selamatkan Kuala Lumpur yang menuntut pendemokrasi DBKL, perlindungan kawasan lapang dan hijau dan pewartaan pelan tempatan di Kuala Lumpur, saya bersama calon-calon Pakatan Harapan dan sebilangan calon PAS malah calon Barisan Nasional telah menyatakan sokongan kami. Walaubagaimanapun menurut kempen tersebut calon Barisan Nasional Setiawangsa tidak memberi jawapan.

Pada PRU14 ini kita sebenarnya berpeluang untuk menjalankan kempen yang lebih progresif tetapi Barisan Nasional masih lagi berada di takuk yang lama.

Esok, rakyat haruslah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mengundi untuk perubahan demi harapan Malaysia yang lebih baik. Sekiranya kita hendak menggantikan pentadbiran Najib Razak di Putrajaya, kita mestilah menang di Setiawangsa.

NIK NAZMI NIK AHMAD
CALON PAKATAN HARAPAN – KEADILAN P118 SETIAWANGSA
#NikNazmi4Setiawangsa

Navigasi kiriman

Previous
Sokongan Rafizi Untuk Nik Nazmi
6 Mei 2018
Next
GST: Najib Tipu Rakyat
8 Mei 2018

You May Also Like

Kenyataan Media, Pakatan, Tentera
Usaha Filipina Menghidupkan Semula Tuntutan Ke Atas Sabah Cubaan Untuk Alih Perhatian Dari Kegagalan Respons Covid Duterte
AMK, Video
Video Biografi dan Pengenalan Saya untuk AMK Untuk Malaysia
Carian
Terkini
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
15 Disember 2022
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara, ketepikan soal politik
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
14 Disember 2022
Komposisi menteri mengikut kaum dalam Kabinet Perpaduan
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
8 Disember 2022
PM fokus tangani kos bebanan rakyat dalam masa terdekat
Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Setiawangsa.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa —
No. 5-2, Jalan Seri Rejang, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

parlimen@niknazmi.com

+603 4131 4293

Pautan
  • Biodata
  • Kit Media
  • Blog
  • Video
  • Hubungi
Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.