Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kerajaan Perlu Menjaga Kewibawaan Malaysia Dalam Isu Laut Cina Selatan

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammudin Hussein, perlu lebih cermat dan tepat dengan kenyataannya selepas ini.

Isu Laut Cina Selatan merupakan satu isu yang membabitkan beberapa negara serantau.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan pimpinan kita akan diukur dan dinilai oleh rakyat Malaysia dan juga pada peringkat antarabangsa.

Justeru, hal ini melibatkan bukan sahaja wilayah dan kedaulatan kita, tetapi reputasi dan kewibawaan kita juga.

Selain itu, kerajaan PN patut terus-menerus menangani persoalan pokok mengenai cara untuk menjaga kawasan perairan negara.

Perundingan secara diplomatik sememangnya ideal, tetapi pemimpin negara harus membuktikan bahawa mereka mengambil berat isu mempertahankan kedaulatan negara.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN MENGENAI PERTAHANAN DAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA