Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kajian Semula Undang-Undang Keselamatan Kontroversi Adalah Positif

Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa satu jawatankuasa khas akan mengkaji semula undang-undang keselamatan kontroversi, dan diberi sehingga Oktober untuk membentangkan dapatan kajian ini.

Undang-undang ini termasuklah Akta Hasutan 1947, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perkembangan ini amatlah positif. terutamanya kerana jawatankuasa ini telah wujud sejak Jun 2018.

Walaubagaimanapun saya amat berharap agar Kementerian akan mendedahkan dapatan dan cadangan secara umum setelah ia dibentang.

Ini bukan hanya untuk ketelusan, tetapi pada masa yang sama ia membolehkan orang awam untuk memberi maklumbalas.

Kementerian juga sebaiknya membentangkan satu perancangan komprehensif berserta garis masa untuk pemansuhan atau sekurang-kurangnya untuk meminda aspek-aspek undang-undang yang menindas.

Selain itu Kerajaan Persekutuan, seperti yang didesak oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, mestilah berusaha untuk memansuh serta meminda undang-undang lain yang turut kerap disalahguna seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta Akta Majlis Keselamatan. Negara 2016 (NSC).

Kita juga harus sentiasa beringat bahawa manifesto Pakatan Harapan juga telah memberi komitmen untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.

Malaysia Baru akan dinilai bukan sahaja dari sudut ekonomi, tetapi juga bagaimana kerajaan tekad dan tegas dalam menjalankan reformasi politik.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA