Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Himpunan Melayu Bangkit: UMNO Tiada Modal

Sabtu lepas telah berlangsung Perhimpunan Melayu Bangkit yang katanya ingin memperjuangkan hak-hak Orang Melayu, Islam dan Institusi Raja-raja.

Permainan sentimen agama dan bangsa ini bukanlah hal yang baru dalam perjuangan politik UMNO. Mereka sering menanam ketakutan dalam jiwa rakyat, mengatakan Pakatan Harapan mengancam kedudukan Orang Melayu atau agama Islam.

Saya ingin bertanya, adakah pemimpin-pemimpin UMNO sudah lupa? Siapa yang telah mengabaikan kebajikan Orang Melayu ketika menjadi kerajaan selama 61 tahun dahulu? Pemimpin mana yang telah pecah amanah sehingga ditolak oleh rakyat?

Rakyat kini sudah bijak dan tidak mudah terhasut dengan modal politik perkauman dan kebencian. Rakyat, termasuk orang Melayu, mahu pimpinan Melayu yang adil dan bermaruah.

Sebelum PRU14, UMNO juga kerap berkata – jika Pakatan Harapan menang, maka pemimpin dari DAP akan menjadi Perdana Menteri. UMNO berkata rakyat akan kacau-bilau. Pada hari ini kita dapat melihat hal itu tidak berlaku.

Pakatan Harapan sentiasa menjunjung Perlembagaan negara. Rakyat sewajarnya tidak termakan dengan propaganda UMNO yang kehabisan modal untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Harapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA