Semalam di Parlimen saya ada menyentuh beberapa undang-undang yang perlu dipinda/dihapuskan oleh kerajaan. Salah satunya Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Hari ini saya menerima memorandum mansuh AUKU dari wakil mahasiswa. Dikhabarkan mereka terbang jauh dari Sabah dan Labuan.