Saya menyambut baik komitmen Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, untuk menyiasat dengan teliti beberapa skandal Kementerian Pertahanan yang telah berlaku ketika era pentadbiran lama.
Kerajaan Malaysia kini mengambil serius isu-isu penyelewangan yang berlaku dan telah memberi kesan yang buruk kepada pentadbiran serta kewangan negara.
Langkah penyiasatan ini bukan sahaja akan membongkarkan salahlaku dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu, tetapi juga akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi-institusi awam negara.
Kepentingan warga pertahanan negara haruslah diutamakan kerana mereka menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan, ia akan menjejaskan kemampuan mereka untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Pada masa yang sama, kita tidak mahu hal-hal keselamatan negara dikompromi kerana kegagalan menyediakan aset serta pembekalan perkhidmatan yang sempurna.
Amalan rasuah, pemberian kontrak kepada syarikat kroni, pembelian aset yang tidak menepati piawaian dan sebagainya haruslah dihentikan serta merta, manakala setiap kontrak yang telah dimeterai harus dilihat semula dari segi faedah dan kos kepada ATM.
Dalam pada kita membina semula negara, kita juga harus memperkasakan semula pertahanan negara dan saya percaya Menteri Pertahanan akan menjalankan tugas ini dengan telus dan penuh bertanggungjawab.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA
4 Comments
Kol Hj Ahmad Zulkifle Bin Mohd Zain (Bersara)
Saya sebagai bekas Pegawai Tentera amat setuju siasatan berterusan dilakukan bagi membongkar salahlaku serta penyelewengan kuasa yang telah berlaku. Usaha sebegini juga sebagai penghalang kepada penjawat awam sekarang dan masa depan untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Terima kasih atas kesetujuan anda saudara Kol Hj Ahmad Zulkifle.
– Nik Nazmi Nik Ahmad –
Lee Kang Dho
sedutan dpd Malaysiakini 5 Skandal ATM:
Bila BN dah main kasar..takan pegawai2 kanan ATM tengok je. Dah depan mata. Tak hairan lah pegawai atasan ni naik jawatan tersebut dulupun drpd politik dalaman jugak..dpt sokongan mantap drpd kroni-kroni pegawai dalaman sendiri. Pihak lawan di beku dan kena transfer..duduklah diam2 di ujung dunia. Yg menang gelak besar ..hahaha. Maka terbinalah maharaja dinasti. Boleh kawal dan arah pegawai dan anggota bawahan buat itu ini. Sampaikan duit gaji anggota kerdil pun abih digunakan untuk jaga pegawai atasan kononnya.
Diringkaskan..nak maklum dan cadang pada YB Mat Sabu. Ketirisan wang bukan semata hanya drpd 5 skandal besar spt diatas. Tolong SIASAT juga:
1) Kontrak2 Direct Award Bhg Perolehan yang dah lebih drpd 5 tahun. Cuba tengak brp peruntukan depa dpt. Tiap2 tahun asik tambah je (value add katanya) Asik dia..dia lagi. Sykt lain pun boleh buat juga YB.
2) Pegawai2 ATM di jawatan2 sensitif yg melebihi 2 tahun.
Ini kerana hingga hari ini terdapat pegawai tinggi ATM yg dah pakai darjah 2 bintang tapi masih lagi duduk dikerusi 1 bintang. Dapat gaji ribu riban tapi tak bertanggungjawab. Kau dah di bayar gaji yg tinggi dapat bintang lagi untuk jaga kedaulatan negara, tapi kau tanak berganjak..bagi tau arahan siapa. Ker kau yg tak mahu pindah. Abih pegawai yg dapat 1 bintang, nak jugak duduk jawatan tu. Gaji tak cukup kah. Atau kau takut nk pi buat operasi perang. Seronok sgtlah duduk kerusi empuk kat Mindef sana tu sbb tempat tu boleh masyukkan. Byk projek dan kontraktor ikut cakap ya tak. Boleh lah support Boss lg atas. Mcm ini kot senario jaga kepentingan negara konon.
3) Buat rombakan besar-besaran, khasnya di Kementerian Pertahanan. Ini merupakan susulan daripada kekuasan yg tidak berhemat (i.e salah guna kuasa) pegawai drpd bahagian2 Amforces di dalam Bangunan Mindef itu sendiri yg berkepentingan yang telah mempengaruhi keputusan dan objektif Bahagian Perolehan Mindef yg sepatutnya mengikut etika dan pertimbangan kontrak. Banyak kontraktor2 yang telah terinaya disebabkan oleh kes dan dendam pegawai2 Amforces tersebut. Mungkin kontraktor2 ini tidak bagi habuan kt depa kot.. 🙂
Harap dan minta tolong sangat2 Saudara Nik Nazmi dapat sampaikan cadangan ini kepada YB Mat Sabu ya. Kalau nak Bersih..Bersih Habis-habis.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Terima kasih atas cadangan anda saudara Lee Khang Dho.
– Nik Nazmi Nik Ahmad –
Comments are closed.