Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TN50: Apa Relevannya Buat Generasi Muda?

Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kini giat mempromosikan TN50.

Sasaran TN50 adalah untuk menjadi antara negara teratas dalam ekonomi, kesejahteraan dan inovasi.

Kita tidak mahu TN50 ini hanya menjadi slogan yang indah yang tidak membawa makna seperti 1Malaysia.

Sebelum ini Kerajaan bercakap tentang Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Meskipun ada ramalan Malaysia boleh mencapai matlamat ini antara tahun 2020-2025, majoriti rakyat Malaysia masih lagi mendapat pendapatan bawah purata pendapatan keseluruhan kerana kesenjangan ekonomi negara.

Dengan peningkatan kos sara hidup yang mendadak dan pendapatan yang masih mendatar, krisis hutang dan masalah peluang pekerjaan serta harga rumah yang melambung tinggi, rakyat khususnya generasi muda tidak terbela di bawah pentadbiran Najib dan UMNO-Barisan Nasional.

Masalah kemiskinan bandar juga bertambah serius sebagaimana kajian UNICEF yang mendapati wujud masalah kekurangan zat di kalangan kanak-kanak flat PPR di Malaysia.

Pemuda Harapan Malaysia telah menggariskan Tawaran Harapan Anak Muda termasuk sejuta peluang pekerjaan baru, sejuta rumah mampu milik dalam dua penggal berkuasa, gaji minima RM1,500, pendidikan percuma dan memansuhkan GST untuk membolehkan pendapatan dan kuasa beli rakyat meningkat.