Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Keputusan PAS Bertanding Permatang Pauh Gadaikan Usaha Perpaduan Pembangkang Pimpinan PAS Sebelum Ini

Keputusan PAS untuk bertanding di Permatang Pauh amatlah dikesali. Tindakan ini tidak bertanggunjawab dan menjejaskan kepentingan dan aspirasi rakyat untuk melihat pembangkang bersatu melawan Najib Razak.

Pertandingan pelbagai penjuru hanya menguntungkan UMNO Barusan Nasional dan status quo ekonomi yang menekan rakyat dan dibelenggu rasuah.

Amatlah menyedihkan melihat usaha membina perpaduan di kalangan pembangkang oleh tokoh-tokoh seperti Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat digadaikan oleh pimpinan PAS hari ini.

Pengundi dan akar umbi PAS boleh menilai sendiri di mana halatuju PAS dengan keputusan ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILA