Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AMK sambut baik keputusan Pakatan Harapan untuk terima PPBM

Angkatan Muda Keadilan menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menerima PPBM sebagai anggota baru gabungan tersebut.

Tatkala negara sedang dilanda krisis kepimpinan, kemelut ekonomi dan gejala rasuah di bawa hNajib Razak, rakyat mahukan satu barisan pimpinan alternatif yang berupaya mengambil alih kuasa daripada kerajaan UMNO-BN.

Oleh itu penyatuan ini merupakan satu langkah penting untuk menewaskan Barisan Nasional selain memantapkan lagi agenda mereformasi negara.

Langkah seterusnya adalah memastikan Pakatan Harapan dan setiap anggotanya boleh berdiri teguh di atas satu dasar bersama dan membawa mesej ketersediaan memimpin negara dengan hala tuju yang jelas.

AMK sudah memulakan proses ini dengan mengadakan perbincangan di peringkat Pemuda, termasuk bersama sayap pemuda PPBM, Armada, untuk menghasilkan satu manifesto pilihan raya yang boleh dipersetujui semua pihak demi kebaikan rakyat.