Angkatan Muda Keadilan mengucapkan syabas kepada semua mahasiswa yang terlibat dengan himpunan #TangkapMO1, terutamanya sembilan orang pimpinan mahasiswa yang telah dipanggil untuk disiasat oleh pihak PDRM semalam.
Setiap yang dipanggil pihak polis iaitu Anis Syafiqah, Aqilah Zainuzi, Amir Abd Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim, Khairol Najib, Suhail Wan Azahar, Isaiah Jacob dan Asheeq Ali, selain saya dan Teo Kok Seong, telah tampil dan memberi kerjasama dengan pihak polis di IPD Dang Wangi semalamåÊberkenaan himpunan tersebut.
Anak-anak muda ini telah membuktikan sifat patriotisme tertinggi apabila berani menganjurkan suatu perhimpunan yang penting untuk mendesak pihak berkuasa menangkap Û÷Penjenayah RasmiÛª Malaysian Official 1 yang telah merompak dan memalukan negara berikutan laporan Pejabat Keadilan Amerika Syarikat berkenaan 1MDB.
Siasatan polis yang bertopengkan ‘perlindungan demokrasi’ ini jelas bermotifkan politik.
Para demonstran telah mendesak penangkapan MO1 yang dikaitkan dengan penyelewengan berbillion wang rakyat Malaysia; jadi jika pihak kerajaan masih tidak mengakui mereka terlibat, mengapa perlu membuat siasatan ke atas perhimpunan ini?
Sepatutnya pihak kerajaan juga bertungkus lumus memastikan penjenayah ini dibawa ke muka keadilan.
AMK amatlah kecewa dengan tindakan pihak polis yang membuat intimidasi bertujuan menyekat suara rakyat khususnya anak muda. Mereka sepatutnya diberikan kebebasan untuk bersuara kerana akhirnya masa depan mereka juga yang akan terjejas akibat kerakusan sesetengah pihak.
Kami mendesak pihak polis untuk menghentikan siasatan ini dan kembalikan hak asasi rakyat untuk berhimpun dan bersuara. Lebih baik tangkap MO1 daripada sibuk menakut-nakutkan mahasiswa.