Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PRU15: Nyawa rakyat lebih penting berbanding nilai undi

UMNO nampaknya tidak sabar untuk Pilihanraya Umum ke 15 diadakan ketika musim tengkujuh tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa rakyat.

UMNO sepatutnya lebih cakna dengan situasi itu dan mengambil kira pandangan rakyat yang tentunya enggan PRU15 diadakan semasa musim banjir.

Sekiranya PRU diadakan juga pada tahun ini ia seolah-olah menafikan hak pengundi terutama di kawasan yang di landa banjir.

Tumpuan sekarang adalah semua parti dan kerajaan membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar dengan melengkapkan data yang diperlukan untuk menggerakkan kerja-kerja menyelamat dan pemindahan bagi mengurangkan kesan banjir kepada rakyat.

Justeru itu tindakan UMNO yang mendesak PRU dimusim tengkujuh sekali gus memperlihatkan sikap sebenar parti itu dalam menentukan percaturan kuasa dan langsung tidak memikirkan kesusahan rakyat.

Selain itu mereka ingin mendapatkan semula kuasa memerintah negara untuk melepaskan tengkok kluster mahkamah di kalangan pimpinan UMNO.