Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sekolah Antarabangsa: Baca laporan asal, bukan tajuk mengelirukan FMT

Pada 16 September 2022, saya telah diundang menjadi panel dalam forum bertajuk “Malaysia After 59 Years: Separate and Unequal Education” anjuran Architects of Diversity dan WAO di KLSCAH.

Malaysiakini yang membuat liputan acara itu, menerbitkan petikan ucapan saya dalam artikel bertajuk “Tingkatkan sistem pendidikan supaya ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah antarabangsa – MP” (https://bit.ly/3fmy5e9).

Ia melaporkan – “Nik Nazmi berkata beliau tidak bermaksud sekolah antarabangsa harus ditutup, tetapi beliau hanya menunjukkan beberapa isu yang melanda sistem pendidikan.

“‘Saya fikir kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menjadikan sekolah kebangsaan berfungsi dan meyakinkan ibu bapa untuk mengembalikan anak-anak ke sekolah kebangsaan. Ia telah berjaya pada masa lalu sebelum ini, dan ia boleh berlaku lagi dengan dasar yang betul,’ katanya.”

Free Malaysia Today, yang tidak membuat liputan acara itu, turut menerbitkan artikel (https://bit.ly/3DU0jak), berdasarkan laporan Malaysiakini. Tajuk awal FMT bagaimanapun ialah: “‘Dasar baik untuk halang rakyat Malaysia daripada memasuki sekolah antarabangsa,’ kata orang PKR”.

Tajuk ini telah diubah kepada: “Larangan terhadap warga Malaysia untuk memasuki sekolah antarabangsa adalah dasar yang baik, kata orang PKR”.

Kedua-dua tajuk yang dipilih FMT amat mengelirukan. Seperti yang saya katakan dalam artikel Malaysiakini:

“Semasa zaman saya belajar, kerajaan tidak membenarkan kebanyakan rakyat Malaysia pergi ke sekolah antarabangsa. Ini mungkin pendapat yang tidak popular, tetapi saya fikir itu adalah dasar yang baik kerana jika anda pergi ke sekolah swasta, anda masih … melalui sistem pendidikan kebangsaan.

“Hari ini, selagi anda mempunyai wang, ia adalah satu kelebihan. Saya tidak menyalahkan ibu bapa kerana menghantar anak-anak mereka ke sana (ke sekolah antarabangsa)…tetapi ia memecahkan sistem (pendidikan)…Kemudian sekolah kebangsaan menjadi lebih dan lebih mono-etnik dan didominasi oleh satu kaum,” kata Nik Nazmi.’

Saya hanya menerangkan bagaimana sistem pendidikan Malaysia boleh diperbaiki. Saya tidak menyeru rakyat Malaysia dihalang dari sekolah antarabangsa dan saya juga tidak menyalahkan kewujudan mereka untuk polarisasi etnik.

Seperti ciapan salah seorang penganjur sebagai tindak balas kepada FMT: “Tajuk berita yang tidak betul oleh FMT, yang mengubah petikan YB Nik Nazmi untuk tajuk provokatif. Dalam artikel itu sendiri anda akan menemui petikan penuh yang bercanggah dengan tajuk tersirat” (https://bit.ly/3UFEfpB).

Fakta bahawa FMT meminda tajuk utama mereka menunjukkan bahawa mereka menyedari kesilapan mereka.

Amat malang bahawa beberapa ahli politik, media dan kumpulan masyarakat sivil, telah memilih laporan FMT berbanding Malaysiakini yang lebih tepat.

Saya sentiasa menyokong ibu bapa Malaysia diberi PILIHAN dalam hal pendidikan anak-anak mereka.

Bagi pihak saya, saya amat percaya bahawa aliran sekolah kebangsaan adalah jalan terbaik bagi Malaysia dari segi perpaduan dan mobiliti sosial. Anak-anak saya pergi ke sekolah kebangsaan.

Saya juga percaya bahawa kerajaan Malaysia mesti berusaha, sama ada dari segi meningkatkan kualiti dan akses, atau menjadikan sekolah seperti itu lebih inklusif, supaya aliran kebangsaan menjadi pilihan pertama, paling diingini untuk semua ibu bapa Malaysia.

Dalam masa yang sama, saya juga mempertahankan kewujudan berterusan sekolah vernakular, swasta, agama dan antarabangsa. Walaupun saya mungkin tidak menghantar anak-anak saya ke sekolah sedemikian—saya akan sentiasa mempertahankan hak ibu bapa untuk memilih menghantar anak-anak mereka ke sekolah pilihan.

Saya menentang sebarang jenis diskriminasi jantina, kaum dan agama. Itulah sebabnya saya mengambil bahagian dalam acara ini.

Pilihan ibu bapa dalam pendidikan sambil memperkasakan aliran kebangsaan adalah dua perkara penting yang boleh wujud dan dicapai di Malaysia.

Saya berharap semua pihak yang ingin mengkritik atau memberi respon kepada apa yang dikatakan komen saya akan mengambil masa dengan membaca laporan Malaysiakini tentang acara tersebut yang lebih tepat.

NIK NAZMI NIK AHMAD
NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.