Malaysia Baru, Presiden Parti Keadilan Rakyat pun baru. Tahniah kepada Anwar Ibrahim yang memenangi jawatan Presiden KEADILAN setelah nama beliau satu-satunya nama yang dicalonkan untuk jawatan itu.
Peranan KEADILAN penting dalam Kerajaan Pakatan Harapan memandangkan KEADILAN adalah parti pemerintah terbesar.
Kehadiran Anwar selaku Presiden pasti akan membantu proses memantapkan KEADILAN, seterusnya kerajaan pada hari ini.
Saya masih ingat Kongres KEADILAN di Seremban penuh emosi pada 2007 apabila meskipun desakan ramai anggota yang mahu beliau bertanding jawatan Presiden, Anwar mengambil keputusan tidak untuk selamatkan parti kerana isu-isu pertuduhan jenayah yang dilemparkan terhadapnya.
Kongres ketika itu ambil keputusan mengangkat Anwar ke jawatan Ketua Umum, khas untuk beliau.
Tahun ini genap 20 tahun Gerakan Reformasi. Sumbangan Anwar kepada perubahan terlalu besar, termasuk dipenjarakan hampir 10 tahun dalam tempoh itu sahaja. 10 tahun lalu beliau umumkan Ketuanan Rakyat bagi melawan dakyah perkauman UMNO.
Selamat kembali dan selamat memimpin!