Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AMK ucapkan penghargaan kepada pengundi Permatang Pauh

Angkatan Muda Keadilan ingin mengucapkan penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh pengundi-pengundi Permatang Pauh kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dan memastikan kerusi N44 kekal di tangan Pakatan Rakyat.

Keputusan ini juga memberi mesej yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional bahawa rakyat sudah jemu dengan kepincangan di dalam tadbir urus negara terutamanya dengan perlaksanaan cukai GST yang membebankan.

Keputusan ini turut membuktikan penduduk Permatang Pauh terus bersama-sama menolak fitnah dan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim.

Sekali lagi kami ingin berterima kasih kepada pengundi-pengundi serta penyokong, terutamanya dikalangan anak-anak muda, yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan bagi KEADILAN. Juga kepada rakan-rakan kami di DAP dan PAS yang bergandingan menyumbang ke arah kemenangan ini.