Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AMK menyeru pengundi luar Permatang Pauh pulang mengundi

Menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan di dalam minggu ini, AMK ingin menyeru pengundi-pengundi di luar kawasan khususnya golongan muda untuk pulang ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab mengundi.

Berlatarkan kepincangan dalam perlaksanaan GST, ketidakadilan terhadap Anwar Ibrahim dan kegagalan kepimpinan Najib, pliihanraya kecil ini merupakan antara yang paling penting dan ianya juga merupakan peluang yang terbaik untuk menzahirkan bantahan kepada kerajaan yang zalim serta memberi sokongan kepada pimpinan yang mampu mencorakkan peubahan.

Kerajaan BN masih enggan mendengar aduan serta keluhan rakyat terutamanya terhadap bebanan tambahan akibat perlaksanaan GST, oleh itu setiap undi teramatlah bernilai bagi menyampaikan mesej bahawa rakyat Permatang Pauh menolak GST dan cintakan keadilan.

Oleh itu sekali lagi kami menyarankan agar setiap pengundi pulang ke kampung untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan jadilah ejen perubahan kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang lebih baik untuk semua.