Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Rundingan Terus Kementerian Pendidikan Pada Tahun 2021

Maklum balas kepada pertanyaan semasa waktu pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat 7 Oktober 2021
Soalan:
Nik Nazmi Nik Ahmad [ Setiawangsa ] telah membangkitkan mengenai senarai projek secara rundingan terus di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2021 selain daripada kit ujian kendiri COVID-19.
Jawapan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan sembilan perolehan secara rundingan terus. Pelaksanaan perolehan ini adalah melalui kelulusan khas oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) atau kebenaran melaksanakan perolehan secara rundingan terus mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan PK7 berkaitan pengecualian daripada tatacara perolehan Kerajaan. Senarai kontrak sehingga 12 Oktober 2021 adalah seperti berikut:
i. Perkhidmatan Langganan Perisian G Suite Enterprise For Education (GSEFE) Bagi Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
ii. Perkhidmatan Langganan Perisian Microsoft Di Bawah Program Enrolment For Education (EES) Untuk Keperluan Di Kementerian Pendidikan Malaysia;
iii. Percetakan dan Penghantaran Kit Pemulihan Murid Tahap 1 Bagi Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum di Seluruh Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum Tahun 2021 di Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kementerian Pendidikan Malaysia;
iv. Perkhidmatan Penyiaran Pengiklanan Melalui Media Bagi Perolehan Pelan Media Aktiviti Promosi dan Publisiti Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021;
v. Perkhidmatan Kepakaran oleh UKM di Bawah Inisiatif #30: Program Pendidikan Pintar Cerdas Selama 5 Tahun Mulai Tahun 2021-2025;
vi. Pelaksanaan Program Rancangan Khas TV Pendidikan di NTV7;
vii. Pelaksanaan SALURAN Khusus TV Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia;
viii. Perkhidmatan Pelupusan Bahan Buangan Terjadual (Bahan Kimia) di Kementerian Pendidikan Malaysia; dan
ix. Pembekalan Kit Saringan Ujian Kendiri COVID-19 Untuk Sekolah-Sekolah di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.