Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Soalan Pemohon Bantuan Bulanan JKM 2020-2021

Soalan: Nik Nazmi Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan tentang jumlah pemohon yang berjaya dan masih menunggu untuk mendapatkan bantuan bulanan JKM pada tahun 2020 dan 2021.
Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 72,890 permohonan bantuan kebajikan telah diluluskan pada tahun 2020. Manakala sehingga Julai 2021, sebanyak 43,105 permohonan telah diluluskan dan sebanyak 9,738 permohonan masih dalam siasatan. Semua permohonan bantuan diproses berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM.
Sekian, terima kasih.