Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dakwaan Hishamuddin Lahir Daripada Perasaan Terdesak Dan Prejudis

Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein mendakwa bahawa sesetengah pihak kononnya menggunakan ‘kuasa asing’ terhadap UMNO-Barisan Nasional.

Serangan ini lahir semata-mata daripada perasaan terdesak dan prejudis beliau.

Ini adalah tuduhan yang berat dan tidak patut digunakan semata-mata untuk menjaga pihak berkepentingan.

Bukan kami yang menutup pengkalan tentera dan menjual tanah kepada pihak asing. Kami tidak memberikan hak eksklusif kepada kuasa asing memajukan infrastruktur yang penting.

Saya yakin pengundi Malaysia boleh menilai sendiri pihak mana yang benar-benar bertindak menentang kepentingan negara.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa. Beliau juga Naib Presiden KEADILAN.

Alamat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Setiawangsa
3-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Media Sosial

© Nik Nazmi Nik Ahmad. Hak Cipta Terpelihara.