Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AMK mengecam ikat jamin RM3000 seorang dengan seorang penjamin ke atas 25 pembantah GST

Keputusan Mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM3,000 seorang dengan seorang penjamin ke atas 25 individu yang ditahan ekoran protes GST baru-baru di ini dilihat sebagai suatu yang berlebihan dan bersifat menghukum.

Ikat jamin hanyalah bertujuan untuk menjamin kehadiran orang kena tuduh ke Mahkamah dan oleh yang demikian, ikat jamin RM3,000 yang dikenakan ke atas setiap seorang yang ditahan tersebut adalah dikritik tegas. Mahkamah sepatutnya menggunakan budi bicara yang di amanahkan kepadanya dengan penuh kebijaksanaan. Mereka yang ditahan tersebut bukan dari kalangan penjenayah berbahaya mahupun mempunyai rekod jenayah lampau yang harus diikat jamin begitu tinggi demi memastikan kehadiran mereka di Mahkamah.

Ini bukanlah kali pertama Mahkamah berbuat demikian ke atas peserta perhimpunan aman. Keadaan ini seakan mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa undang-undang di negara ini di gunakan secara selektif dan tidak samarata terutamanya apabila ia melibatkan rakyat yang menentang usul dan tindakan kerajaan Barisan Nasional. 15 orang Penyokong UMNO yang merempuh masuk Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang tahun lepas yang mengugut dan merosakkan harta awam di dalam dewan tersebut hanya didenda RM1,500 sementara peserta perhimpunan aman di luar pejabat Kastam ini yang belum pun dibicarakan telah ‰Û÷dihukum‰Ûª terlebih dahulu.

Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kesamaraatan di sisi undang-undang hanyalah butir-butir huruf yang cantik yang dibukukan namun ia tidak diterjemahkan dalam keadaan ini.

AMK menegaskan bahawa mereka yang ditahan tersebut adalah individu yang hanya menggunakan hak bersuara mereka sepertimana yang dijamin di bawah Perlembagaan dan oleh yang demikian mengecam keputusan Mahkamah mengenakan ikat jamin keterlaluan tersebut.