Saya menjadi panelis membincangkan Wawasan Kemakmuran Bersama di Forum Dasar Cukai Malaysia, yang dianjurkan oleh pihak International Strategy Institute.

Ketika dikritik dua wakil komuniti perniagaan soal gaji minima, saya tegaskan Kerajaan telah mengambil tindakan yang wajar dengan menaikkan gaji minimum.

Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak boleh melemahkan komitmen ini bila mengkritik golongan miskin sebagai pemalas dan jangan irihati dengan orang kaya.

Adakalanya pandangan ini diberikan dengan niat baik, tapi tak berpijak di bumi yang nyata dengan realiti sebenar bagi golongan bawahan dan pertengahan yang bekerja keras mencari pendapatan.

Yang sama boleh dikatakan dengan syarikat-syarikat besar. GLC boleh mainkan peranan memperkenalkan gaji kehidupan wajar (living wage) seperti dicadangkan Bank Negara dan IDEAS Malaysia.

Share This