Nik Nazmi Nik Ahmad [ Setiawangsa ] menyarankan agar majikan swasta dan GLC digalakkan untuk membuat perkongsian pembayaran balik pinjaman pendidikan pekerja mereka.
Jawapan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif pelepasan cukai kepada syarikat atau majikan yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pendidikan pekerja mereka.
Semua majikan yang menjalankan perniagaan dan membayar cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 layak menikmati insentif ini tertakluk kepada syarikat berikut:
I. Majikan membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak pekerja;
II. Taraf pekerjaan adalah Sepenuh masa; dan
III. Pekerja tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran sebagai balasan
kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh majikan.
Sehingga 8 November 2021, sebanyak RM779,681 bayaran balik telah diterima daripada syarikat atau majikan yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pendidikan pekerja mereka. Pemberian insentif ini masih berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2021.
Share This