Bila #KerajaanGagal menjadi tular beberapa bulan kebelakangan ini, ada yang mengatakan ini menidakkan peranan yang dimainkan rakyat untuk membendung pandemik Covid-19.

Apatah lagi ramai penjawat awam telah membuat pengorbanan yang luar biasa dan berkhidmat dengan baik sejak kita berhadapan pandemik ini.

Tetapi peranan pemimpin politik penting untuk melaksanakan dasar terbaik, menunjukkan hala tuju ke depan serta memberikan tauladan yang baik.

Saya bandingkan angka di Malaysia ketika darurat diumumkan dan angka terkini, serta angka di Amerika ketika Presiden Joe Biden mula mengambil alih dari Donald Trump dan angka terkini.

Kebetulan angka semalam 7,289 adalah kes baharu tertinggi setakat ini. Jika dibandingkan dengan nisbah penduduk, kes baharu kita sudah mengatasi India dan Amerika.

Jangan lupa like dan share video ini, serta follow saya di FB page niknazminikahmad untuk lebih banyak video menarik tentang isu semasa.

Video penuh di https://www.facebook.com/sinarharian/videos/778672872791191

Share This