Di Malaysia hari ini – kita ada seorang Speaker Dewan Rakyat yang tidak bertindak adil untuk ahli-ahlinya, mahupun melaksanakan titah Yang Dipertuan Agong untuk membahaskan pengisytiharan darurat semata-mata untuk kepentingan Kerajaan Mahiaddin Yassin.

Sistem Demokrasi Berparlimen kita mengikut model Westminster dari Britain.

Antara tradisi pelantikan Speaker House of Commons (Dewan Rakyat) yang diamalkan sehingga hari ini di sana adalah selepas seorang Speaker dipilih, beliau akan diheret ke kerusi Speaker.

Ini kerana beratus-ratus tahun dahulu, ramai Speaker yang dihukum bunuh oleh Raja kerana mempertahankan Kedaulatan Parlimen. Maka pada waktu itu ramai Ahli Parlimen yang berat hati dilantik menjadi speaker dan terpaksa diheret.

Pada 1642, ketika Raja Charles bersama tentera memasuki Parlimen untuk menangkap beberapa orang Ahli Parlimen. William Wenthall, Speaker ketika itu memberi jawapan yang cukup terkenal:

“I have neither eyes to see nor tongue to speak in this place but as this House is pleased to direct me.”

Ini bermakna Speaker mewakili kebebasan Parlimen sebagai institusi, dan bertindak melaksanakan permintaan ahli-ahlinya – sehingga lahir doktrin keistimewaan Ahli Parlimen.

Zaman ini Speaker mahupun Ahli Parlimen tidak berdepan hukuman bunuh.

Kita ada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Malangnya kita ada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun yang bersekongkol dengannya.

Share This