1. Meningkatkan perbelanjaan besar untuk sektor kesihatan, ekoran pengurusan COVID yang semakin kritikal – termasuk meningkatkan elaun khas untuk kakitangan barisan hadapan.

2. Meningkatkan akses dan keadilan dalam sektor pendidikan yang disebabkan penutupan sekolah jangka masa panjang, dan akan dibuka semula tidak lama lagi.

3. Menyokong Pekerja dan Usahawan dengan meningkatkan Sistem Insuran Pekerjaan; memperluaskan memperluaskan nilai subsidi upah untuk mempertahankan pekerjaan serta saluran bantuan kepada peniaga kecil dan sederhana.

4. Kebajikan dan Sosial; (peningkatan dan perluasan Bantuan Prihatin Rakyat bukan hanya untuk keluarga B40 tetapi juga merangkumi golongan M40 yang berada di bawah; sekaligus B60).

5. Kajian semula pelan konsolidasi fiskal sedia ada untuk jangka masa sederhana dan panjang.

6. Kajian keberkesanan perbelanjaan setiap kementerian dan agensi perlu dipertingkatkan agar sumber terhad yang ada dapat digunakan sebaik mungkin bagi kementerian dan agensi yang memerlukan dan mempunyai kapasiti berbelanja dengan cekap dan telus. Sebanyak mana wang yang diperuntukkan untuk dibelanjakan oleh setiap agensi mestilah digunakan untuk tujuan yang dinyatakan, bukan untuk disimpan.

Share This