Salam Maal Hijrah 1441H/2019M diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Marilah sama-sama kita mengingati perjalanan junjungan besar Rasulullah S.A.W yang dari Yathrib ke bumi Madinah dalam menyebarluaskan usaha dakwah dan meningkatkan syiar Islam. Hijrah bukan sahaja membawa maksud perpindahan ke arah kehidupan yang lebih baik, tetapi memberi pengertian yang lebih luas.

Dalam konteks hari ini, marilah kita sama-sama berdoa agar umat Islam dapat menginsafi diri tentang erti kehidupan sebenar seterusnya membebaskan masyarakat kita dari segala bentuk kejahilan dan kebatilan serta belenggu yang mengongkong kehidupan kita untuk menjadi insan yang merdeka.

Semoga kita terus diberikan Hidayah oleh Allah S.W.T dan diberikan pelbagai nikmat sebagai seorang muslim yang sejati.

“NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA”

Share This